PARLIMEN MALAYSIA

  

NOTA KEPADA PENGARANG


JEMPUTAN MEDIA KE

THE 2ND CONSULTATIVE MEETING OF YOUNG PARLIAMENTARIANS OF AIPA

(YPA)

 

1. Sukacita dimaklumkan bahawa YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat merangkap Presiden ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) akan merasmikan The 2nd Consultative Meeting Of Young Parliamentarians Of AIPA (YPA) seperti ketetapan berikut:


 Tarikh        : 6 Mei 2025 (Selasa)

  Masa         : 9.00 pagi – 10.00 pagi

 Tempat       : Ballroom 3, Tingkat 1, Wyndham Acmar Klang Hotel


2. Bertemakan “Ensuring ASEAN’s Future: Youth in Action for Sustainability and Inclusivity”, mesyuarat yang melibatkan penyertaan ahli-ahli Parlimen daripada ASEAN ini mencerminkan usaha ASEAN yang diterajui oleh Parlimen Malaysia di peringkat legislatif untuk membangun rantau yang lebih terangkum, berdaya tahan, adil dan mampan melalui pemberdayaan generasi muda. Bersama-sama ini dimajukan tentatif program untuk perhatian dan rujukan tuan/puan jua.


3. Sehubungan itu, tuan/ puan atau wakil media adalah dijemput hadir untuk membuat liputan pada program tersebut. Untuk pertanyaan lanjut, tuan/ puan boleh menghubungi Puan Shaira Amira Jamal Abdul Nasir di talian 014-310 7239 atau Encik Mohd Dzikrullah Junus di talian 019-922 1418.


4. Sekian, terima kasih.


PEJABAT YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT

2 MEI 2025

TOP